5 Perlindungan Tambahan Untuk Telefon Pintar Anda
Kini telefon bimbit lebih dikenali sebagai telefon pintar, dan ianya benar – kerana ia lebih hebat dan boleh dijadikan peranti elektronik mudah alih untuk hiburan atau pusat perniagaan hanya di hujung jari. Disebabkan itu, ia dipenuhi dengan maklumat peribadi, data sulit dan bit 1 dan 0 berharga yang hanya anda ketahui. Bagaimana anda mengambil langkah tambahan untuk mengekalkan keselamatan data anda, dan seterusnya, menjadikan telefon pintar anda dilindungi dan lebih selamat? Fahamilah bagaimana telefon pintar anda menyimpan data dan kepentingan untuk menjaganya demi menghindari serangan penggodam serta pencuri yang berupaya untuk mendapatkan maklumat peribadi tanpa kebenaran anda. Artikel ini akan menunjukkan bagaimana untuk melindungi telefon pintar anda dengan lebih lanjut daripada elemen berniat jahat menggunakan 5 lagi tip dan kaedah yang bijak! Baca untuk mengetahuinya:
- Sentiasa Membuat Data Sandaran
Kaedah ini bukan menyuruh anda untuk sentiasa memerhatikan data dan maklumat penting tersebut, tetapi ringkasnya jika anda kehilangan telefon atau ianya dicuri, tiada lain yang hilang selain peranti itu. Gunakan aplikasi pengelap untuk membuang data yang tersimpan di dalam telefon yang hilang dari jauh, walaupun secara fizikalnya ia tidak berada dengan anda. Bukankah hebat teknologi masa kini? Pengguna Android boleh mengetahuinya lebih lanjut dengan melayari laman bantuan Google, dan pengguna iOS boleh memahaminya dengan memeriksa laman bantuan Apple.
- Matikan Komunikasi Jarak-Dekat
Anda mungkin tidak tahu, dengan membiarkan signal Bluetooth atau NFC (Near Field Communication) anda terbuka, ia seolah membenarkan bencana menghampiri di dalam konteks maklumat peribadi. Ia membenarkan pencuri atau penggodam yang berkeupayaan untuk menceroboh masuk dengan mudah ke dalam telefon pintar anda seterusnya mengambil semua data berharga anda. Sememangnya anda tidak mahu ia berlaku bukan? Jangan memudahkan mereka dan sentiasa mematikan ciri-ciri komunikasi jarak pendek ini pada telefon pintar anda selepas selesai menggunakannya. Buka menu pantas dan matikannya, atau tukar kepada pilihan tidak boleh ditemui.
- Log Keluar Selepas Membuat Bayaran
Rutin ini seharusnya dipraktikkan selalu. Telefon pintar amat memudahkan kerana anda tidak perlu pergi ke bank, atau menggunakan komputer untuk membuat bayaran atau memesan sesuatu secara online. Langkah tambahan selepas selesai melakukan transaksi secara online adalah dengan log keluar sepenuhnya dari laman web atau app tersebut. Ingat supaya tidak menyimpan kata pengguna dan kata laluan anda di dalam telefon pintar, walaupun laman atau app itu asyik menyuruh anda berbuat demikian. Berhati-hati supaya anda tidak menjadi mangsa.
Perkara sama perlu dilakukan jika menggunakan Wi-Fi di tempat awam. Jika anda menggunakannya untuk masuk ke akaun bank anda atau membeli barangan secara online, pertimbangkan untuk menggunakan perkhidmatan VPN (Virtual Private Network) atau app supaya penggodam merasa sukar untuk mencuri maklumat anda. Wi-Fi hotspot tidak mempunyai fungsi keselamatan seperti VPN yang menggunakan perlindungan penyulitan (encryption).
- Menjual Telefon Anda?
Adakah anda mahu menjual atau mendermakan telefon anda, atau mempertimbangkan telefon model yang terbaru? Berhenti sejenak untuk beberapa minit. Pastikan telefon pintar anda tidak mengandungi apa-apa maklumat peribadi dengan memadamkannya. Terdapat dua jenis disk storan pada telefon pada masa ini – memori dalaman, dan kad SD yang boleh ditanggalkan. Simpat kad storan luaran dan padamkan memori telefon anda dengan melakukan factory reset. Ia mungkin tidak cukup, jadi periksa cara lain untuk memastikan ianya benar-benar terpadam. Ingat untuk membuat sandaran (backup) supaya semua gambar dan video berharga anda masih tersimpan.
- Anda Pasti Mahu Memasang App Tersebut?
Sebelum anda memuat turun app yang popular, adakah anda sudah memeriksa capaiannya terhadap telefon anda? Ramai yang memuat turun beratus app ke dalam telefon pintar mereka setiap hari, tapi hanya segelintir yang mempraktikkannya. Apa yang anda rasakan tentang app yang tidak berbahaya sebenarnya berpotensi untuk mengancam anda serta maklumat peribadi anda. Kebanyakan app boleh didapati di store, seperti iTunes atau Google Play yang dipercayai menyediakan app yang selamat, tapi anda boleh memeriksa tetapan anda supaya dapat menghalang daripada membuat kesilapan besar. Kini, app boleh mencuri maklumat peribadi anda secara senyap, menyamar sebagai app yang sebenar, atau sehingga mengambil alih telefon anda untuk melakukan perkara jahat. Petua terbaik adalah jika anda berasa ragu tentang sesuatu app, jangan muat turunnya!