Penggunaan dan manfaat VPN (Rangkaian Persendirian Maya) bukan sedikit. Tiada perniagaan digital yang maju yang tidak mengetahui tentang penggunaan VPN serta keberkesanannya berbanding pilihan yang lain.
Kami akan membincangkan tentang kemajuan terbaru dalam bidang Rangkaian Persendirian Maya (Virtual Private Network), dan bagaimana ia terbukti berkesan berbanding penggunaan pelayan proksi biasa dalam artikel ini.
Antara VPN dan pelayan proksi:
Dengan kemajuan dalam penggunaan internet, kedua-dua VPN dan pelayan proksi telah memainkan peranan penting dalam kehidupan digital bagi sesetengah orang di sekeliling kita.
Tetapi oleh kerana persekitaran internet serta polisi yang sentiasa berubah untuk memenuhi pelbagai keperluan pengguna, perkhidmatan berkaitan internet seperti VPN dan pelayan proksi seringkali menghadapi banyak rintangan. Tujuan kami adalah untuk mengetahui perkhidmatan manakah yang telah berjaya melepasi rintangan dan ujian tersebut.
Sebelum memulakan perbandingan, biar kami terangkan secara terperinci tentang kedua-dua perkhidmatan tersebut dahulu.
Apa yang VPN dan Pelayan Proksi lakukan?
Kedua-dua VPN dan pelayan proksi mempunyai fungsi yang hampir serupa di mana ianya memastikan identiti pengguna internet disembunyikan dengan selamat serta memaparkan lokasi yang berbeza daripada lokasi sebenar seseorang pengguna itu.
Secara amnya pelayan proksi adalah satu sistem komputer yang berfungsi sebagai pengantara antara pengguna dan laman yang mereka lawati. Ia akan menyembunyikan maklumat penting sebenar pengguna seperti kata laluan daripada laman web tersebut. Dengan cara ini, jika laman web tersebut cuba mencari lokasi seseorang itu melalui trafik atau carta pelawatnya, ia tidak akan berjaya tetapi hanya akan mendapati alamat IP pelayan proksi yang digunakan oleh pengguna tersebut. Ia sangat berguna untuk menyimpan maklumat peribadi sensitif anda secara selamat dan tersembunyi.
Terdapat sedikit perbezaan pada fungsi rangkaian persendirian maya pula. Secara asas, ia akan menyediakan capaian yang selamat antara pengguna dan hos pelayan yang digunakan. Ini bermakna tiada trafik yang masuk atau keluar dari komputer pengguna tersebut. Selalu dikenali sebagai encrypted tunnel, ia dianggap cara penggunaan internet paling selamat.
Mengapa pelayan VPN lebih baik daripada pelayan proksi?
Seperti yang ditekankan, VPN telah berjaya melepasi semua isu-isu yang berkaitan dengan keselamatan dan juga privasi. Apa yang menyebabkan VPN lebih selamat ialah kaedah penyulitannya.
Paling minimum ia akan menggunakan kaedah penyulitan 128 bit yang membantu untuk menyembunyikan setiap bit maklumat dari sebarang pengawasan di internet.
Manfaat tambahan VPN ialah, apabila VPN menyembunyikan kesemuanya tentang pengguna, dalam masa yang sama ia tidak menyembunyikan apa-apa dari pengguna!
Kemudahan ini tidak terdapat pada pelayan Proksi.
Berita tentang VPN
Dalam berita baru-baru ini, VPN tetap teguh menghadapi isu kritikal mengenai kebimbangan terhadap keselamatan yang terjejas. Isunya adalah mengenai VPN yang akan menyimpan semua maklumat itu. Sememangnya VPN menyimpan log tugasan dan semua itu terdedah kepada pengesanan atau pemeriksaan, menyebabkan semua orang mengatakan VPN tidak selamat seperti yang dijanjikan!
Tetapi sebenarnya, kebanyakan VPN mempunyai pilihan untuk mengubah tetapan logging tersebut ke mod disabled. Selepas mengubahnya VPN tidak lagi akan menyimpan log aktiviti pengguna yang melalui VPN tersebut.
Boleh disimpulkan bahawa VPN adalah teknologi yang akan mampu bertahan untuk jangka masa panjang dan menambah baik aspek penting dari semasa ke semasa untuk mengatasi kebimbangan pengguna terhadap isu berkaitan privasi.