Semakin banyak aplikasi telefon mudah alih yang boleh didapati, semakin berkembang penggunaannya dan ini menyebabkan ia lebih mudah terdedah kepada pelbagai jenis risiko keselamatan.
Walaupun terdapat sistem keselamatan mudah alih yang sedang dibangunkan bertujuan untuk menghalang serangan ancaman keselamatan terhadap data tetapi masih tiada bukti kukuh untuk kaedah penyelesaian ini. Kemajuan sistem keselamatan telah ditingkatkan, perkara yang sama berlaku pada perisian hasad (malware) dan kaedah serangan.
Maklumat di bawah ini membincangkan sedikit sebanyak tentang ancaman keselamatan yang dijangka akan menyerang sistem mudah alih.
Mengapa sistem mudah alih menjadi lebih tidak selamat?
Kebelakangan ini, dunia telah menyaksikan kemajuan sistem mudah alih dengan kadar yang sangat pantas. Dengan persaingan yang sengit dalam semua bidang, setiap pemaju peranti mudah alih saling mengejar untuk menjadi juara dan disebabkan itu, meninggalkan sebahagian lubang di mana perisian hasad yang sedang menunggu untuk menyerang peranti tersebut.
Terdapat lebih dari sejuta contoh perisian hasad (malware) boleh dijumpai di dunia digital. Ini menyebabkan setiap peranti mudah alih lebih terdedah dengan ancaman keselamatan.
Ancaman terhadap keselamatan sememangnya ada, pengguna harus bijak dan menjadi lebih peka serta sentiasa sedar dengan apa yang berlaku di alam digital.
Perkongsian rangkaian menjadikan peranti lebih terdedah pada risiko tersebut. Peranti-peranti yang menggunakan VPN adalah lebih selamat jika dibandingkan dengan yang lain.
Ancaman yang sering berlaku di dunia digital mudah alih:
- Aplikasi mudah alih yang berisiko akan mencuri masuk untuk mendapatkan data peribadi pengguna. Aplikasi ini akan membawa data sensitif ke pelayan luaran.
- Aplikasi Mudah Alih Ditandatangi Enterprise yang berbahaya menggunakan API persendirian sistem operasi untuk mencari maklumat terperinci tentang peranti atau perubahan tetapan dan senarai kenalan dan kemudian semua maklumat ini dihantar kepada penjenayah siber di perkongsian rangkaian yang jauh.
- Para penyerang Mudah Alih ini semakin hari semakin cerdik. Sebagai contoh serangan Wire-Lurker pada tahun lepas adalah serangan hasad biasa untuk menyerang peranti IOS yang tidak di jail break.
Bertukar ke perlindungan VPN:
VPN mudah alih yang efektif memberi perkhidmatan berterusan pada peranti dan membolehkan pertukaran yang lancar antara teknologi capaian serta rangkaian persendirian atau awam yang lain. Fungsi VPN mudah alih tidak dapat dilihat dan cukup selamat untuk digunakan tanpa menjejaskan keselamatan atau privasi para pengguna.